Hidayah dari segi istilah syarak juga dikenali sebagai cahaya petunjuk Allah S.W.T. kepada hamba-Nya yang dikehendaki sahaja. Pernahkah kita terfikir, adakah kita tergolong dalam golongan hamba yang dikehendaki-Nya?
Hidayah Allah tidak terbatas untuk sesiapapun |
Firman Allah S.W.T
“Sesungguhnya kamu (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Al-Qashash: 56)
Melalui firman Allah, boleh saya katakan hanya Allah sahaja yang berhak memberi hidayah kepada hamba yang dikehendaki-Nya. Namun begitu, kita sebagai hamba hendaklah sentiasa berusaha untuk mencari hidayah Allah.
Persoalaan..
Bagaimanakah memperoleh hidayah?
(a) bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT;
(b) mempertingkatkan ibadat kepada Allah SWT;
(c) memelihara hubungan baik sesame manusia;
(d) melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar.
Dan
Apakah Kelebihan memperoleh Hidayah?
(a) sentiasa patuh pada perintah Allah SWT;
(b) jiwa dan perasaan sentiasa tenang;
(c) menjadi contoh dan teladan kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment
Jangan Segan2 Yeeee