Assalamualaikum..
Semoga apa yang dicoretkan ini mampu mengubahku. Actually, it was a nightmare bila
dikenangkan apa yang telah kulakukan dahulu. Benar lah, umat Islam dahulu tidak seperti
kini. Banyak ujian yang aku hadapi sewaktu di matrikulasi, yang menyedihkan sewaktu
menerima khabar sedih dari sahabatku, Nadzruddin tepat pada pukul 10.45 malam,
mengatakan orang yang amat aku kenali iaitu Saudari Zamin Zanariah Binti Zukiflee telah
dijemput Allah S.W.T. . Inalillah, tak terjangkau alangkah sedihnya saat aku kehilangan
seorang sahabat yang amat aku kagumi akhlaknya. Semoga Allah meletakkanmu dalam
golongan para nabi ,Syuhada dan Solehah.
Allah
Tak terjangkau sekali lagi aku diuji dengan pengkhianatan dari orang-orang yang amat aku
percayai. Aku redha dengan apa yang kau berikan Ya Allah. Mungkin ini adalah kifarah dari
dosa-dosa ku yang terdahulu. Walaubagaimanapun aku ini lemah, memang terdapat sifat
memaafkan mereka, tapi sifat ingin berbaik mungkin tidak ada. maafkan diriku ini Ya Allah.
aku tidak terdaya untuk menahan amarah ini, aku tak sempurna, tetapi sekurang-kurangnya
aku gembira Kau kurniakan aku dengan sifat Sabar Dan tabah tatkala aku menghadapi Ujian-
Mu Ya Rabbi.
Ampunkan Aku Ya Allah.
Ampunkan Aku |
No comments:
Post a Comment
Jangan Segan2 Yeeee