Diari seorang Muslim

Wednesday 3 February 2016

Jom Belajar Berjimat

Assalamualaikum

Hehehe, maaf ye rakan-rakan. Lama juga kita tak bersua.Last update pun pengenalan dengan Windows 10.

Baru-baru ini kita semua terutama dalam kalangan Mahasiswa sudah dikejutkan dengan berita yang menyatakan mahasiswa terpaksa mengikat perut dek kegawatan kewangan. Alhamdulillah, hari ini terdetik sedikit kaedah yang insyallah boleh sedikit sebanyak membantu malah mampu membantu menjanakan kewangan.. Secara Umumnya, saya akan berbicara based on situasi tempat pengajian saya iaitu di Bangi.

1. Kuasa Kad Pelajar

Seperti yang sedia kita maklumkan, banyak kelebihan pelajar peroleh berbanding masyarakat biasa. Salah satu kuasa melalui kad pelajar atau " Matric Card ". Apa yang boleh dikatakan, terdapat rebat disediakan melalui kuasa kad pelajar sebagai contoh memperoleh diskaun dalam membeli buku, menggunakan kenderaan awam dan sebagainya. Ada lagi beberapa contoh lain yang boleh dimanfaatkan melalui kad pelajar. boleh kaji sedetailnya untuk ketahui..



2. Bisnes Sampingan

Secara jujurnya boleh dikatakan , ok saya umumkan nya ok, most mahasiswa menjadikan PTPTN sebagai platform utama dalam menjamin kewangan mereka, ada certain JPA, MARA or PAMA (Papa dan Mama ), but honestly saya boleh katakan mahasiswa sekarang perlu ikhtihar dalam mencari idea untuk menjana kewangan, buat la apapun asalkan bisnes itu halal, bisnes itu boleh jadi macam-macam bidang, softskill dan dari minat kita juga, but kadang-kadang cuci baju kawan juga merupakan 1 bisnes. Possible kan? Yup, indeed memang possible, cuma nak atau tidak sahaja, kalau kita nak ubah, insyallah, kita peroleh manfaat.




3.Manfaat Teknologi Seadanya

Sapa sangka, Selain assignement boleh disiapkan melalui laptop, laptop juga berfungsi sebagai bahan kita untuk  " mendownload" nota-nota kuliah, tipulah kalau saya katakan student universiti tak ada laptop, minoriti maybe tak ada, who knows. Most student gemar print nota ( Nota Sahaja, bukan Soalan Tutorial) di kedai buku. but surely saya tak akan buat sebab kalau memang nota yang diprint itu melebihi 80% point yang penting, baru saya print, kalau tidak, saya hanya akan salin point yang penting sahaja, but kalau ada printer, itu bonus, but most pelajar mesti tak ada printer, jadi cukuplah nota penuh hanya disimpan di dalam komputer dan point yang penting baru kita salin di mana-mana kertas.

Satu lagi teknologi yang boleh dikatakan ialah pengangkutan awam, pengangkutan awam sudah berbaloi untuk digunakan ke kelas, di samping itu dapat menjimatkan wang digunakan untuk minyak dan dapat kurangkan pencemaran udara


4. Jangan Menzalimi Diri

Most mahasiswa yang baik dan soleh/solehah memang akan memikirkan untuk membantu keluarga di kampung. Salah satu alternatif melalui duit pinjaman yang diperoleh. Itu sikap terpuji tetapi jangan sehingga menzalimi diri sendiri kerana . . .

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: "Dan belanjalah (harta bendamu) di jalan Allah. Janganlah kamu menjatuhkan diri sendiri dalam kebinasaan. Berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah 2: 195)

Bukankah menuntut ilmu itu merupakan jihad Fisabilillah Di Jalan Allah... Kan3x.

Jika benar ingin bantu, janganlah sehingga menzalimi diri sendiri. Rancang perbelanjaan semasa kerana dari rancangan perbelanjaan itu kita dapat melihat sendiri lebihan wang sekiranya kita bijak merancang dan dari situ terserah kepada individu untuk membantu keluarga di kampung. Saya menyokong untuk membantu tetapi jangan sehingga menzalimi diri sendiri.



5. Bijak Memilih dan menilai pelan prabayar

Telefon memang penting la. Nak call emak ayah kat kampung, lecturer dan makwe pakwe( Kalau ada la.. hehe ). Pelajar-pelajar universiti sekarang ni untung. Dulu memang payah nak jimat kredit telefon ni. paling kurang pun guna public phone. Dapat murahlah sikit..Sekarang ni memang kompom boleh jimat. Korang guna la internet untuk buat panggilan.Banyak dah sekarang software yang provide call free macam skype, wechat. Tak pun untuk korang yang bercouple tu, korang chat je..jimat tau. Tambahan pula, korang boleh lagi berjimat kalau tempat pengajian korang ada sediakan Wifi. Pahala pun boleh dapat sebab kurangkan bercakap. suara perempuan ni aurat tau.he.he


6. Money Rooster

Tak dinafikan mana-mana manusia dalam 1 atau 2 minggu mesti ingin memakan makanan yang boleh menyelerakan mereka. TAK SALAH, tetapi digalakkan bijak berbelanja. Soalnya, bagaimana? As simple as answer yang saya boleh bagi ialah limitkan penggunaan wang ke arah pembaziran, sebagai contoh setiap hari makan Sup Ekor, sup ekor sangat mahal, assume harga sup ekor RM 7 , kalau tiap2 hari makan ikut nafsu? Rm48 ringgit dah.. itu hanya waktu malam tak termasuk air lagi.. kalau overall include sarapan dan mkanan t/hari.. 1 hari rm 12, 1 minggu RM94.. berbaloikah? Bukankah itu sangat membazir.. jadi kalau ingin memakan makanan mahal. Limitkan 1 minggu sekali, dan elakkan kekerapan makan makanan segera termasuk Maggi


Insyallah, itu sedikit sebanyak pandangan dari saya . Depends kepada yang lain, lain orang lain pendapat tetapi hanya 1 matlamat, iaitu ingin membantu saudara mereka yang dalam kesusahan.

Insyallah, ada rezeki kita bertemu lagi...

Ilailiqa..

:)