Diari seorang Muslim

Tuesday 28 June 2016

Perkim : Jalan Dakwahku

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum.

Cam mana nak start tau... ok cam ni la.

Sebenarnya aku ni dulu sangat aktif dalam badan dakwah sebab aku suka aktiviti yang berfokuskan pada kerohanian . Kat sekolah dulu pernah pegang Pengerusi Persatuan Pelajar Islam di sekolah( pegang macam tu je la sebagai biasa2). Lama juga aku pernah pegang sehingga tamat zaman persekolahan. Di matrikulasi pula aku pernah pegang sebangai golongan badan dakwah ( Tabligh ) tapi ahli biasa ja la. Kononnya aku dulu suci la ( hahah melawak ja ). Tujuan aku join ni sebab first, untuk kita mengabdikan diri dan lebih kenal Allah la, 2nd sebab aku sangat suka aktiviti yang bersifat dakwah ni

Tapi sejak masuk UKM ni, berlaku sikit kekeliruan dalam memilih badan dakwah, pada masa sama sibuk dengan fakulti kan. Dalam hati aku "Ish x leh dibiarkan ni, aku kena buat something juga untuk dakwah kelak". So kat sini ( UKM ) banyak sangat badan dakwah macam Ikatan Studi Islam, Pembina UKM, Haluan UKM, Sahabat Aqsa UKM, Perkim UKM dan macam2 lagi la. Bukan tu saja ada lagi. Nampak kan aku dah makin terjauh dengan apa yang aku pernah dekati dulu.

Setelah membuat keputusan...

Aku Memilih Perkim UKM atau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia. Woo panjang betul nama dia kan hahaha.

Kenapa aku pilih Perkim?

Ada 2 orang yang tak ada dalam ni

Atas faktor-faktor ini aku pilih Perkim.
  1.  Aku tertarik dengan cara halatuju Perkim UKM.
  2. Salah satu badan NGO yang bukan saja ada di UKM tetapi seluruh Malaysia
  3. Tak leh cakap.. haha ( yang ni biarlah rahsia antara aku dengan Pencipta   


Walaupun begitu, aku tetap menjadi diri aku sendiri. Orang selalu cakap, " ko jangan olok2 baik la sebab masuk persatuan macam ni" . Mostly la, tetapi aku tetap jadi diri aku, tapi jadi diri sendiri pun jangan la sampai buat benda yang mungkar. Kalo tak, macam mana kita nak jadi role model kan.

Inilah aku.

Untuk kali ini, aku diamanatkan untuk memegang tampuk kepimpinan sebagai Timb Exco Multimedia. Yang dok conteng2 poster & design tu kalo bukan kerja aku, kerja ketua aku, hahah.

Gambar sebelah ni aku yang design. cantik tak. hahaha.


Anyway setakat ini yang banyak menggerakkan kerja ialah dari media sebab tanpa media orang tak kan kenal Perkim UKM ni, aku sendiri pun tak kenal wujudnya perkim ni dulu. Hahahah, insyallah Exco lain pun dan mula gerak kerja masing2 dalam mengadakan program di dalam dan di luar U.. Nantikan



Ada sikit moment yang aku nak share sepanjang bersama mereka.


Bersama Penaung Perkim, Tun Dr Mahathir Mohammad

Sekeleh tak aku. Haha sebab 24 jam fotographer
Ni Faiz n Firhan, orang lama Perkim tapi terus sambung perkhidmatan untuk Perkim, Bagus betui

Kenangan, sebenarnya wanita ada 8 orang tau.

Ni lah ketua aku. Fahmi Hensem, solo lagi, budak FSSK.

Ada sapa kenai tak lelaki ni ?

Gelagat masa datang. Hahahahah
Jemput la singgah page Perkim UKM untuk tahu aktiviti kami

Doakan Aku.. Sekian

2 comments:

  1. blogwalking here,
    wwuuuuu buat blog, singgah la hearts-setting.blogspot.my sekali..hehehe

    ReplyDelete

Jangan Segan2 Yeeee