Diari seorang Muslim

Friday 16 November 2012

Abang, Bahagiakan Aku..


`Abang, subuh dah nak masuk, cepat la abang, kita solat sama-sama ye,'  Kata aisyah. Oh, aisyah cepat la siap, kita solat sama-sama, nanti abang imamkan solat. Mm... ok abangku.. heeee

 3 tahun sebelumnya.

.Mak, apa nie, saya x suka la wanita ni. entah orang kampung mana tah yang mak kutip. Saya dah cakap yang saya nak kahwin dengan Lisa.. itu baru la setaraf dengan kita.. ini x, juz ppn kg that don`t` have anything. Amir, stop insult her, she is more better that your Lisa that you love, kata ayahnya. That true Amir,Aisyah is better for you than Lisa. Moreover, we alredy decide to marry both of you next month, no objection. 

Tibalah hari perkhawinan mereka, di mana ramai tetamu yang hadir termasuk Vip. Pada malam perkhawinan mereka, Amir yang berumur 28 tahun memang tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapanya.. Tatkala itu jugalah Amir terdengar suatu bunyi seolah-olah ada orang yang membuka pintu biliknya.. Rupa-rupanya , sangkaanya benar,sebelum isterinya masuk, isternya sempat memberi salam sebelum memasuki bilik tetapi tidak dindahkan Amir. Aisyah tidak bertangan kosong, dia juga sempat membawa air coklat kegemaran Amir.`Abang, ini aisyah buatkan air kegemaran abang, sebelum minum, ucapkah bismilah dulu, semiga ada keberkatan dalam minuman abang. Dengan lantas, Amir menghayunkan tangan ke gelas hingga terjatuh dan pecah..`Woi ppn, apa yang kau dah sihirkan mak aku ha, sampai dia cukup benci dengan Lisa aku, ni apa yang kau cuba  letak dalam air aku ini, air jampi ka. Oh tujuan kau suruh aku baca bimillah sebab nak cover perbuatan kau, macam 2 ka?. Aisyah menangis lalu berkata`Astagfirullahazim, abang, aisyah tidak berniat apapun kepada abang.. Aisyah sayang abang, Aisyah x sanggup kehilangan abang.Dengan suara yang lantang Amir berkata ` Kalo kau x nak kehilangan aku, kenapa kau kawin juga dengan aku, kau sepatutnya ada kuasa untuk membantah perkhawinan ini, tetapi apa yang kau dah buat. Ko memang desperate sangat nak kawin dengan aku sebab kau dah tak da tempat bergantung ka'. Aisyah menangis lalu meninggalkan bilik tidurnya kerana tidak tahan penghinaan suaminya. 

 Keesokan harinya..

Sebelum meninggakan rumah untuk kerja, Aisyah sempat mencium tangan Amir. Demi menjaga perasaan ibu dan ayahnya, Amir terpaksa merelakan Aisyah untuk bersalam dengannya walaupun secara terpaksa. Aisyah amat gembira apabila dia dapat mengucup tangan suaminya yang tercinta walaupun baru beberapa hari berkenalan.`Ya Allah, berikanlah Abang Amir perlindungan dan permudahkanlah selaga urusan suamiku', Doa Aisyah.`Aisyah, Amir ok tak dengan Aisyah' kata ibu mertua nya. Alhamdulillah ibu, Abang amir baik sangat, dia sayangkan Aisyah. Ibu, Abang Amir suka makan apa? kalau boleh Aisyah teringin nak masak makanan kegemaran abang Amir hari ini.` Amir ini Aisyah nampak saja macam orang bandar, tapi makanan kegemarannya ikan pari masak asam pedas la. Oh, bagus la ibu, kebetulan Aisyah juga sukan akan asam pedas ikan pari ni. Setibanya Air di rumah, Amir terus menjamah makananya tanpa menghiraukan Aisyah yang setia menunggu di pintu. Tanpa membuang masa, Amir terus menjamah nasi beserta asam pedas ikan pari. Ibu, sedapnya ikan pasri ni, tak macam selalu ibu masak pun.. pandai ibu buat. Amir, bukan ibu yang masak, tapi Aisyah yang masak, sedap kan.. Aisyah menunduk kepalanya dan bersyukur kepada Allah kerana suaminya masin inginkan makanannya walaupun suaminya tidak menyukainya. Selepas menjamah makanan, Amir terus masuk ke biliknya dengan mengajak Aisyah sekali. Aisyah dengan gembiranya lalu mengikut Amir ke bilik mereka. Setibanya di bilik, Amir terus mengunci pintu lalu memandang Aisyah.` Abang sukakan masak Aisyah, kalau diizinkan, Aisyah akan masakkan lagi kegemaran abang' kata aisyah. Amir menyergah lalu berkata,`Apa yang kau cuba buat dalam makanan pari tu, kau sihir aku dengan mak ayah aku ka sehingga mereka sayangkan kau, Kau jangan harap aku akan terkena sihir kau tu'. Abang, demi Allah, Aisyah tak sihir abang, sihir itu syirik di sisi Allah. Mendengar saja perkataan itu, Amir terus menampar Aisyah sehingga Aisyah menangis. 

Pada malam berikut nya, ketika ibu dan bapa mertuanya tidak ada di rumah, Aisyah membaca Surah Al Khafi sembil menunggu waktu isyak. Tiba-tiba, Aisyah terdengar bunyi ketukan pintu. Aisyah membukanya dan terkejut apabila melihat suaminya berpelukan sambil membawa masuk wanita. Aisyah menangis lalu berdoa, `Ya Allah, berikanlah aku kebahaagiaan di dunia setelah engkau memberi kesulitan kepadaku.. Kerana sebak dengan dugaan yang berlaku, Aisyah pengsan lalu dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri.`Mak, ayah, Aisyah di mana? lantas ibunya berkata `Aisyah, aisyah di hospital sekarang, nak jangan banyak bergerak.. rehat dulu ye, kata ibunya'. Ibu, mana abang Amir, Aisyah rindukan dia, Aisyah nak jumpa dia sangat-sangat, boleh kan ibu. Boleh nak, nanti ibu bawakan Amir untuk Aisyah ye..

 Woi Amir, bila hutang aku kau nak bayar? Awek aku kau dah kebas. Bro, nantilah aku bawa, aku x da duit la.. Boleh kau kata kau x da duit, nak ambik kau. Amir ditumbuk bertubi-tubi dan selepas itu dibawa pergi dari situ dengan menggunakan van . Amir ditinggalkan di suatu kawasan yang semak kengan keadaan yang tidak bermaya. Amir dengan keadaan yang tidak bermaya cuba berjalan sejauh yang mungkin untuk mendapatkan bantuan dan akhirnya dia terlihat suatu surau. Sebelum sempat menjejakkan kaki ke surau, Amir terus pengsan dan tidak sedarkan diri.. Cu,bangun cu, dah nak masuk subuh ni, mari kita berjemaah bersama-sama, kata seorang lelaki tua. Eh, kau siapa ha, macam mana aku boleh berada di sini?. Nak jangan takut, pak cik yang bawa kamu ke sini, pak cik lihat nak bukan orang sini, cu orang mana? tanya pak cik tersebut. Eh, suka hati aku la nak duduk mana, kenapa kau kalut nak tahu sangat, kau siapa, Perdana Menteri, Ketua Polis or what?. Cu, pak cik akui pak cik bukan sesiapa yang nak dibanggakan oleh orang lain, tapi pak cik gembira dengan hidup pak cik. Pak cik seorang yang fakir, baru kehilangan seorang isteri. Cu, kalo boleh pak cik ingin tanya cu, cu sudah kawin?. Ya , saya sudah kawin. Kata pak cik itu lagi` nak seorang yang bertuah, pak cik boleh bayangkan, isteri nak seorang yang baik, sabar, penyayang dah tabah dalam hidupnya, tapi apa yang pasti, cu tidak menyukainya, itu yang pak cik boleh katakan.

 Macam mana pak cik boleh tahu semua ni, siapa pak cik sebenarnya? Amir mula tertanya-tanya pada diri. Cu, pak cik cuma hamba Allah yang hina di dunia ini, sebenarnya pak cik menyesal dengan apa yang pak cik sudah lakukan. Apa maksud pak cik , saya tak faham?. Lantas pak cik itu menyambung ceritanya` dulu, pak cik seorang kaki botol, suka berjudi, panas baran, tetapi pak cik telah dikhawinkan seorang wanita yang pak cik tidak suka. Dia baik, , mentaati Allah sepanjang masa, sentiasa berzikir dan membaca Al-Quran, tetapi pak cik tidak menyedari selama ini, pak cik menzaliminya. Pak cik sering memukulnya, menderanya hinggakan dia terseksa dengan hidupnya, namun, dia tidak pernah mengaibkan pak cik di khalayak orang lain. Akhirnya, pak cik menyesal dengan apa yang pak cik lakukan. Pak cik tak sempat meminta ampun darinya atas kekhilafan yang pak cik lakukan, Allah lebih sayangkan dia lebih daripada pak cik. Semenjak hari itu, pak cik sentiasa tidak berputus-putus memohon taubat dari Allah atas apa yang pak cik lakukan kepada arwah isteri pak cik. Amir menangis teresak- esak selepas mendengar luahan pak cik tersebut. `Ya Allah, apa yang aku sudah lakukan kepada isteriku. Dia amat mencintaiku tetapi aku mensia-siakannya. Cu, cu bertuah kerana cu masih mempunyai seorang isteri. Macam ni la nak, subuh dah masuk mari kita tunaikan solat dulu. Pak cik, saya x tahu bersolat.. `Ya Allah, x pa la cu,cu ikut dan baca sahaja  Surah yang cu tahu.Baiklah pak cik. Selepas menunaikan solat subuh, Amir terus meminta izin untuk meninggalkan surau tetapi sebelum itu, pak cik tersebut sempat menghadiahkan Amir sebuah Al-Quran dan sejadah . Amir gembira lalu mengucapkan terima kasih kepada pak cik tersebut kerana menyedarkan dari kesilapan, selepas itu Amir terus berjalan jauh lalu meninggalkan surau yang tidak pernah wujud di kawasan itu.


 Ibu.. Ayah.., Amir dah balik.. Ibu??.. .`Nak, nak dah balik dah' kata Mak Timah( orang gajinya). `Mak mak, mana ayah dan ibu', tanya Amir. nak tak tahu ka yang Aisyah masuk hospital dah hampir dua hari dah. Mendengar penjelasan itu, Amir terus mencapai kunci kereta Audi TT Quarter miliknya lalu memecut ke hospital. Sesampainya di hospital, Amir seperti orang yang tidak mempunya arah terus mencari bilik rawatan Aisyah. Nasibnya baik, kebetulan, dia melihat ayahnya yang baru sahaja keluar dari sebuah bilik. Amir bergegas menuju kepada ayahnya.` Assalamualaikum ayah'. Waalaikumussalam, Amir pergi mana, dah lama ayah cuba hubungi Amir tapi x dapat', kata ayahnya. Maafkan saya ayah, Amir urusan sedikit. `Ayah, Aisyah ada di dalam?  tanya Amir.`Aisyah ada di dalam, tapi sebelum Amir masuk ayah nak cakap sikit dengan Amir. Apa dia ayah, cakaplah.. `Ayah tahu, kau memang bencikan Aisyah selama ini, tetapi kau kena tahu, kenapa ibu dan ayah kahwinkan kau dengan Aisyah', Kenapa ayah? bertanya Amir?.. Aisyah itu satu-satunya anak tunggal Haji Akhir dan Hajah Aminah, Mereka yang banyak membantu ayah, sebenarnya ayah dah lama kenal dengan Aisyah sejak dia berumur 9 Tahun lagi. Tapi, pada satu malam, suatu tragedi telah menimpa keluarga Aisyah. Ibu dan bapanya terlibat dengan satu kemalangan langgar lari di hadapan Aisyah sendiri, kebetulan pada waktu itu ayah dan ibu juga berada di situ 4 tahun yang lepas. Orang yang melanggar mereka ialah Amir sendiri. Kerana kami takut dan sayang kan Amir, perkara ini dirahsiakan dari sesiapapn termasuk isteri kamu, Aisyah. Mendengar kata-kata itu, Amir menangis mengenang dosanya yang telah dia lakukan kepada Aisyah. `Amir, Aisyah itu dah tak mampu bertahan lama. Doktor mengesahkan dia menghidap kanser pangkal rahim. Ini permintaan ayah, kalau boleh, tolong bahagiakan Aisyah selagi hanyatnya masih ada,'kata ayahnya. Baiklah ayah... Setelah selesai berbicara, Amir terus masuk ke bilik lalu melihat Aisyah yang tidak bermaya sambil memegang tasbih memuji kalimah Allah. Assalamualaikum Aisyah. Mendengar kata-kata itu , Aisyah terus tersedar dari zikrullahnya lalu membalas salamnya. Aisyah gembira kerana akhirnya suami yang dicintainya terus menemuinya..


 Tiada siapa tahu, bertapa syukurnya Aisyah kepada Allah meskipun dia tahu bahawa jangka hayat hidupnya akan berakhir tidak lama lagi. Marapada itu jugalah, Amir menangis lalu memohon ampun atas segala dosa yang dia lakukan kepada Aisyah dan Aisyah juga tidak melepaskan peluang memohon keampunan kepada Amir. Semenjak hari itu , Amir tidak pernah melepaskan peluang untuk menemui Aisyah sehingga hari keempat.. Di hospital, sebelum masuknya waktu subuh`Abang, subuh dah nak masuk, cepat la abang, kita solat sama-sama ye,'  Kata aisyah. Oh, aisyah cepat la siap, kita solat sama-sama, nanti abang imamkan solat. Mm... ok abangku.. heeee Allahuakbar Allahuakbar... Selepas selesai memberi salam dan berdoa, Amir terus mengajak Aisyah untuk bersarapan bersama-samanya seleapas memberi sarapan di kafe hospital namun Aisyah tidak memberi respon. Aisyah, aisyah, bangun.. mari makan. Aisyah. Amir memeriksa denyutan nadi dan terkejut kerana tiada respon dari denyutan nadi. Kerana risaukan Aisyah, Amir terus memanggil doktor untuk memeriksa Aisyah, namun Allah itu Maha berkuasa, Aisyah telah disahkan meninggal dunia selepas menunaikan solat subuh. Tatkala mendengar keputusan doktor, Amir terus menangis dengan keadaan tidak bermaya.. 

Selepas selesai mengkebumikan arwah isterinya, ibunya sempat memberi seutas surat kepada Amir.  `Apa ni ibu? tanya Amir.`Wasiat dari isterimu, Aisyah, dia pernah kata kepada ibu, kalau terjadi apa-apa kepada dia, dia suruh bagi surat ini kepada kamu. Jadi, dah tiba masanya ibu sampaikan surat ini kepada kamu Amir', kata ibunya.. Amir membuka surat lalu membacanya.

 Asaalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.. 

 Kepada Abang Amir yang dicintai

Ketika Abang membaa surat ini, Aisyah semestinya sudah mengadap ilahi

Abang,Kalau abang nak tahu, Allah itu Maha Penyayang

 Dia telah menemukan tulang rusuk yang selama ini Aisyah cari

 Indah kan.

Bagi Aisyah Abang seorang yang baik hati, kacak dan bertanggungjawab..

Abang memberi kebahagiaan kepada Aisyah, 

Aisyah juga selalu mendoakan agar suatu hari nanti abang mampu menjadi imam aisyah dan memimpin Aisyah hingga ke Syurga Jannatul Naim.

Abang nak tahu tak satu rahsia..rahsianya.........I Love You Till Jannah..

 Hehe Abang, sampai di sini saja coretan Aisyah

Abang jangan sedihnya, 

Walaupun Aisyah dah tiada,

 tetapi, aisyah tetap di hati abang.Terima kasih kerana bahagiakan Aisyah abang..Sayang abang.

Sekian

 Ilailiqa.

.Selamat tinggal abang..Salam..  

 Ikhlas dari isterimu 

Aisyah 

No comments:

Post a Comment

Jangan Segan2 Yeeee