Diari seorang Muslim

Wednesday 21 November 2012

Couple : Halal Atau Haram ?



Asssalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,

Firman Allah dalam Surah Al-Isra Ayat 32

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Apakah Erti Caple @ Pasangan yang masih belum halal dalam Islam?


Caple or dalam bahasa melayu disebut sebagai pasangan yang tidak mempunyai pertalian yang halal dalam masyarakat sekarang,
perkara yang telah menjadi kebiasaan bagi remaja pada zaman moden ini.

Kalau yang kahwin itu lain ceritanya, iaitu pasangan yang halal dan diredai Allah melalui pernikahan

Untuk mencari pasangan, ramai insan menganggap bahawa yang cantik itu lebih baik
itu konklusi bagi seseorang yang tidak meletakkan agama sebagai teras utama

Bermula dari sebuah perkenalan
Diikuti panggilan manja
Seterusnya sentuhan bermula
Menikmati kenangan indah
Dan akhirnya
Mendekati zina
Nauzubilahi min zalik

Mereka terlalu menganggap hubungan CAPLE ini lebih agung daripada Yang maha Mengasihani,
Allah diabaikan, cinta diagungkan,
apa punya manusia, menjatuhkan maruah agama je,
bak kata pepatah orang kedah "kecik-kecik tak mau mati, besaq-besaq menyusahkan orang je" 

Kesannya,
Kerajaan terpaksa menanggung kos yang banyak
Untuk menanggung wanita yang termakan pujukan lelaki yang tidak bertanggungjawab,
di rumah yang menjadi pusat perlindungan wanita yang hamil di luar nikah,

kasihan kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung malu dek kerana masalah yang kita lakukan.
disebabkan kita juga, anak yang tidak bersalah menjadi mangsa korban oleh manusia yang tidak bertanggungjawab,
sudah la berzina satu kesalahan, bunuh anak tambah lagi satu kesalahan.

Mengapa aku dibunuh ?


INGAT,
akhirat kelak anak yang kita bunuh akan mendakwa kita di depan Allah S.W.T

Oleh itu,
saya sebagai orang Islam, ingin memohon agar kita sama2 membanteras gejala yang boleh membawa kesan yang negatif kepada individu, masyarakat, agama dan negara.

Anda Bijak Jauhi Zina


No comments:

Post a Comment

Jangan Segan2 Yeeee