Diari seorang Muslim

Wednesday 21 November 2012

Surat Berantai Dan Kesan Kepada Akidah


Surat berantai sering kiita fahami melalui konsep menpunyai sesuatu perintah Allah tetapi pada masa yang sama mengandungi ugutan, penipuan dan kepercayaan yang mampu merugikan,
mengancam diri dan nyawa orang lain.

Tetapi tahukah anda tentang kesannya surat berantai kepada kita..

Banyak kesan yang saya mampu huraikan tetapi setelah lama saya mengkaji, kesan yang paling utama kepada kita ialah

KHURAFAT.

Khurafat ini dapat didefinisikan sebagai mempercayai ada kuasa lain yang mampu membantu dan memudartkan manusia selain Allah..

Sebagai contoh
Mempercayai ikan puyu mampu menghalang bala ( kalo saya x silap )

dan Yang terbaru
Mempercayai sekiranya tidak disebarkan surat berantai, kita akan mendapat bala dan siksaan..
Sebagai contoh kepercayaan orang zaman sekarang

Kepada semua yang bergelar umat islam,beberapa hari yang lalu pakar meteorogi bahagian rusia,pukul 3 petang kemarin mendapati sesuatu bunyi ganjil lagi seperti yang NGAUMAN RAKSASA yang kedua kalinya dari bawah mantel bumi,menurut para ulama itu suara DAJJAL yang berusaha naik ke bumi.Oleh itu kita disuruh sentiasa tidak berhenti azan & solat.sesiapa yang membaca tolong sebarkan kepada 20 orang umat islam.jangan dipermainkan LILLAHITA'ALA & DEMI ALLAH,ini AMARAN. . .N dalam waktu 12 jam tidak dikirim kamu akan mendapat musibah di benci orangx2,akan sial sampai umur 48 ..

Atau


INI MELIBATKAN ANCAMAN

Dan

 "assalamualaikum.. pemimpin hzblla.. syed hasan nsrallah minta smua muslim tuk baca surah al-Baqarah ayat 26-27 dan surah yunus ayat 85,86,88 mlm ini.. tlg sebarkan.. agar israel hancur.. foward kpd sluruh umat islam.. saudara seagama telah dikepong tggu mse tuk di sembelih.. keadaan amat dasyat.. tu saje jihad kite.. mntk tlg sgt2 kpd sahabat2 sebar seramai mungkin.."

Ini merupakan penipuan
Kerana
 Mesej yang menggunakan nama Hassan Nasrullah dari Hizbullah ini adalah palsu. Mana mungkin Hassan Nasrullah berakidah Syiah ini mahu memberikan sokongan kepada Muslim di Gaza Palestine.
 Seluruh dunia menyaksikan sifat munafik mereka. Isu di Syria contohnya. Hassan Nasrullah lah yang mengarahkan ribuan tentera Hizbullah ke Syria membantu Rejim Bashar Assad. Mujahidin di Syria berjuang hingga syahid dibaham kekejaman Assad ini. Kenapa Hassan Nasrullah sanggup bantu Rejim Assad? Kerana akidah mereka sama. Berakidah Syiah.
Sehingga ke hari ini, tidak ada 1 kenyataan pun dibuat oleh Hassan Nasrullah menyokong saudara Semuslim di Gaza.

Dan baru-baru ini mengenai Dr Zakir Naik


TETAPI



Dan



Mengapa Ustaz Azhar Idrus Dan Dr Zakir Naik Berkata demikian ?
Apakah Maksud di sebalik penyataan beliau ?


Sila Rujuk di Link ini untuk keterangan selanjutnya

sedangkan Hadis Rasulullah mengatakan

Nabi s.a.w sabdanya: "Tidak akan berlaku saat kiamat sehingga orang yang tidak tentu saka bakanya, yang buruk akhlaknya, dan yang bodoh bebal, menjadi sebahagia-bahagia manusia dengan kesenangan dunia."

Huzaifah r.a

Sumber : Jakim

Nauzubillah Hi min zalik

Amaran Allah Kepada orang yang menanding kuasanya

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat dusta kepada Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi (malaikat) akan berkata: Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka". Ingatlah kutukan Allah ditimpakan ke atas orang-orang yang zalim. - Hud:18

 Setakat ini sahaja kajian yang sama mampu lakukan demi Islam


Sekiranya terdapat mana2 kata saya yang terkandungnya perkataan yang memesongkan akidah, janganlah dicontohi.. Sesungguhnya segala kelebihan itu datang dari Allah S.W.T. dan segala keburukan itu datang dari diri saya sendiri

Andaikata terdapat kebenaran dalam kata-kata saya ni, sebarkanla, sama2 kita membasmi kegiatan ini demi mengekalkan keimanan dan ketaatan kita kepada Allah..

Insyallah
Assalamualaikum

Berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu tanpa memeriksa kesahihannya terutama Agama

Keterangan lanjut mengenai surat berantai.. sila layari web di bawah

No comments:

Post a Comment

Jangan Segan2 Yeeee