Diari seorang Muslim

Monday 1 June 2015

Aku Ialah Pertama

Assalamualaikum

Semoga Pembaca Diberi Rahmat Allah S.W.T. sepanjang hidup

Alhamdulillah, tanggal 29.5.2015 ialah hari bersejarah bg aku ( Bukannya aku nikah tau ). Selepas Palapes, aku dapat menjawat jawatan sebagai Biro Hubungan Koporat dan Antarabangsa, Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat. Kenapa aku tetap menawarkan diri walaupun aku sudah menyertai Palapes? Ya, semua orang suka mempersoalkan perkara ini. Aku memegang jawatan ini kerana Aku seorang yang WARAS? WARAS yang aku maksudkan di sini ialah soal Amanah & Tanggungjawab. Aku amat memahami konsep ini dan kerana itu aku bersedia mengalas tanggungjawab walapun aku tahu, apabila menjadi seorang pemimpin ini , aku yakin aku akan berhadapan dengan situasi tentang ketidakpuasan hati manusia yang hanya tahu menjadi Keyboard Warrior, dan hanya mampu mengkritik tentang amanah yang ditanggung sedangkan mereka ini yang takut untuk mengalaskan diri dengan tanggungjawab ini.

Semoga Allah beri Kekuatan kepadaku.

Yang kiri 2 Pertama baru, Yang kanan 2 Pertama Lama, Nak tau beza, tengok design baju.


Tatkala semua manusia itu hanya tahu melemahkan pemimpin (Khalifah) sedangkan mereka itu hanya tahu berkata-kata tetapi tidak mahu melakukannya( Menjadi khalifah).
(Pena Islam)

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat”
(HR Ibnu Majah)


If you don`t like my rule, try to take my place and be a leader and make your own rule
(Adolf Hitler)

No comments:

Post a Comment

Jangan Segan2 Yeeee