Diari seorang Muslim

Sunday 5 June 2016

CyberDay-Cyberethics

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum rakan2

Ok semua mesti tertanya-tanya cyberethics tu apa. Sebenarnya cyberethics itu merupakan salah satu kelab yang wujud di bawah fakulti aku. Objektif kelab ini sebenarnya secara kasar untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya etika siber dalam penggunaan teknologi. tetapi secara halus pula kelab ini cuba untuk membentukkan diri kami supaya berani berkomunikasi dan pada masa yang sama cuba untuk tingkatkan tahap keyakinan kami untuk berhadapan dengan orang luar sebagai persediaan kepada diri kita sendiri.

Aku lead untuk modul Cyberbully
Kat sini boleh dikatakan kami mempunyai 4 modul, dan malangnya aku kena lead salah 1 modul iaitu "Cyberbully" ( hahahah, sebenarnya aku x nak sebab kumpulan aku cuma 2 lelaki dan 8 wanita, tapi sygnya yg sorang lagi tu foreigner.. sob4x) . Boleh katakan ketabahan sangat diperlukan dan kesabaran sangat kena tinggi. Aku sememangnya tak nak cerita kenapa. tetapi sekali lagi, aku kena professional dalam mengagihkan tugas. Hahahaha, sangat sedih2x.


Macam karam singh walia dah..  hahaha

peserta menjawab soalan
Since penasihat aku iaitu Prof Madya Dr Zulaiha Binti Ali Othman sudah amanahkan kepada aku untuk lead modul aku, aku grab amanah itu. yup pendekatan yang aku gunakan untuk menyampaikan modul ialah 70% komunikasi antara aku dan peserta dan 30% bahan bantu mengajar yang kumpulan aku dah buatkan.

Untuk pengetahuan semua, apa yang kami lakukan sebenarnya dinilai oleh Pensyarah kami sendiri.


Alhamdulillah, kami menang no 1 & The Best Module
Kredit kepada semua ahli kumpulan, Alhamdulillah kami berjaya dapat no 1 dalam persembahan modul yang terbaik. Terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang sudah membantu.

Senyum sikit.. heheheh

No comments:

Post a Comment

Jangan Segan2 Yeeee